bercinta tak semestinya harus memiliki...
“Selamat tinggal bumi Brunei. Semua kenangan banyak terkumpul di sini biarlah menjadi satu memori terindah dalam jiwa ku…” Hati si gadis bernama Edora Azeerin berkata-kata. Sedih untuk pergi.
“zyee tunggu!”
Langkah ku terhenti… kedengaran seperti nama ku dipanggil seseorang… Langkah Arnold juga terhenti, seperti aku – ia jua turut perasan nama ku di panggil.
“Zyee, abang mohon tunggu!”
Suara itu sekali lagi berteriak dari arah belakang. Suara yang cukup ku kenali. Suara yang suatu ketika dulu sering membuai aku dalam lena malam ku. Aku dan Arnold sama-sama menoleh. Seperti yang ku jangka abang Man berdiri dibelakang ku. Tercungap-cungap seperti orang yang sudah berlari empat ratus meter.
“Zyee nak pergi mana? Zyee nak tinggalkan abang?” Soal abang Man. Tanpa menghiraukan Arnold yang berdiri di sebelah ku…
“Abang, cukup lah… Zyee dah nak pergi”
“Abang tak kan biarkan Zyee pergi. Tolong jangan tinggalkan abang…” Abang Man memohon.
Arnold yang membisu sekian lama pun bersuara.
Arnold yang membisu sekian lama pun bersuara.
“Zyee, take your time. Arnold tunggu Zyee kat balai berlepas k.” Arnold melangkah pergi. Meninggalkan aku dan abg Man sendiri. Ia juga seakan faham kami perlu masa ‘tuk berdua.
“Abang nak apa lagi sekarang? Semua dah terjawap abang bukan milik Zyee.”
Abang Man mengenggam tangan ku, membawa ku keluar dari lapangan terbang Brunei Darussalam yang sibuk dengan manusia-manusia yang sedang lalu-lalang.
Di luar abang Man cuba mencari kata ingin memulakan bicara. Seakan faham gelora yang sedang berperang dalam hati ku.
“Zyee, maafkan abang… Selama nie abang terlalu buta dalam menilai kasih sayang Zyee. Abang terlalu pentingkan diri sendiri dalam menilai kasih sayang yang telah Zyee beri untuk abang… Sejak Zyee hilang dari hidup abang, abang seakan burung yang kehilangan sayap… Abang perlu Zyee. Abang bahagia dengan kehadiran Zyee. Tolong jangan pergi sayang…”
kelopak mata abang Man bergenang airmata, sungguh – setelah tiga tahun kami bersama inilah kali pertama ku melihat abang Man menangis. Akhirnya tumpas jua egonya.
“Abang Man, Zyee mintak maaf… Zyee tetap akan pergi, abang bukan milik Zyee. Abang mil”
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, abang Man menutup mulut ku dengan jari telujuknya.
“Shhh. Abang tak nak dengar Zyee kata Zyee bukan milik abang, Zyee milik abang tau. Dan abang milik Zyee – selamanya…”
Hati ku sayu mendengar kata-kata abang Man, jika dahulu kata-kata inilah yang ku nanti-nantikan terucap dari bibir abang Man, namun kini semua itu bagai panah menusuk dalam ke hatiku…
“Abang kenapa baru kini abang ucapkan semua itu? Kenapa tidak dari dahulu lagi? Saat cinta Zyee utuh untuk abang? Jujur Zyee kata kan hati Zyee memang masih milik abang namun kita tidak ditakdirkan untuk bersama, dan Zyee percaya Arnold mampu bahagia kan Zyee”
Airmata yang cuba ku tahan akhirnya tumpah. Aku segera menundukkan muka. Tidak ingin abang Man melihat kekalahan ku. Jemari kasar abang Man mengusap pipi ku, menghapus airmata yang mengalir, aku cuba menepis namun aku sendiri tidak mampu lari dari kenyataan yang aku terlalu menyintai jejaka di hadapan ku ini.
Aku diam sejenak, cuba mencari seribu kekuatan untuk meneruskan kata-kata. Abang Man juga diam, seakan memberi ku peluang untuk berkata.
“Abang, bercinta tidak semestinya harus memiliki, cinta juga menuntut pengorbanan. Namun Zyee tak pernah menyangka cinta Zyee yang harus dikorbankan. Tapi Zyee tak nak fikirkan tentang tu, asalkan Zyee tahu abang bahagia Zyee turut bahagia… Lagi pun kak Nur terlalu memerlukan abang dalam kehidupannya. Zyee tak nak luka kan hati seorang wanita yang tulus menyintai abang. Salah Zyee juga kerna hadir dalam hidup kalian berdua, mungkin ini lah balasan untuk Zyee…”
‘Penumpang-penumpang untuk ke Kota Kinabalu Sabah diminta masuk ke balai berlepas sekarang untuk check-up’
Intercom berbunyi menandakan flight ku akan berlepas tidak lama lagi. Abang Man menatap wajah ku, seakan memohon agar aku tidak pergi. Namun hati ku telah bulat, aku tetap akan pergi. Mana mungkin aku akan mengecewakan jejaka yang bernama Arnold hanya kerana seorang lelaki yang tidak pernah menghargai ku dulu. Aku mengenggam tangan abang Man dengan kemas.
“Abang Man, jangan lah lagi berpaling ke belakang dan mengharap cinta kita berbunga kembali, kerna semua itu tidak mungkin. Zyee akan pergi. Meninggalkan bumi yang indah ini, apa yang pasti meninggalkan semua kenangan kita dan memulakan hidup baru. Abang juga harus begitu, bahagiakan lah kak Nur, insan yang sepatutnya menerima cinta abang bukan Zyee… Zyee minta maaf atas semua kesalahan yang pernah Zyee lakukan dulu, halal kan jua makan minum Zyee abang. Ingat lah bercinta tak semestinya harus memiliki. Selamat tinggal bang…”
Dengan perlahan genggaman tangan ku lepaskan… aku berundur setapak lalu mula melangkah pergi meninggalkan abang Man yang terkedu tanpa kata dan menuju ke arah jejaka yang sekian lama menantiku di pintu balai berlepas.
<< Home