Monday, May 17, 2010

my girls - 14 -


TING TONG.
Green yang waktu itu leka menonton televisyen tidak menghiraukan bunyi bell yang ditekan beberapa kali. Memang sudah kebiasaannya apabila sendiri dirumah dia tidak akan membuka pintu untuk menerima mana-mana tetamu kecuali sahabatnya sendiri.
TINGTONG TINGTONG TINGTONG.
Kali ini si penekan lonceng seakan geram. Masakan tidak dari luar terdengar bunyi TV yang dipasang dengan nada yang kuat tapi apabila dilonceng tiada sesiapa yang membuka.
Yellow mengeluh. Green awak memang berpendirian tetap, susah sangat nak lunturkan sikap awak yang satu tu. Yellow menatap bekas yang di genggamnya. Sebuah kotak yang bewarna kuning keemasan. gambar mereka berlima menghiasi dada kotak itu. gambar yang diambil semasa mereka sama-sama menyambut Tahun Baru Cina di rumah Shu Ying.
Setelah puas menekan lonceng dan memikirkan cara untuk bertemu green akhirnya yellow berputus asa lalu melangkah pergi. Mungkin tiada jodohku untuk bertemu dengannya. Fikir yellow sendiri.
Green yang waktu itu didalam entah dimana silapnya melentukan kepalanya di sofa lalu tertidur. Membiarkan TV menonton dirinya.
+++++++++++++++++++++
“green wakeup, dah nak maghrib nie.”
Suara Effy, kakak green kedengaran jelas dicuping telinga membuat green terkejut.
Green mengosok-gosok matanya. Ahhh sedapnya tidur.
“pergi mandi, anak dara apa nie dah nak maghrib baru nak bangun.”
Tatkala mendengar suara mama sepantas kilat green berdiri lalu berlari masuk kedalam bilik. Takut apabila mamanya sudah membebel, alamat belum merah telinga belum puas lah jawapannya.
Selesai mandi seperti biasa green mengambil buku cerita kesayangannya dan menghempaskan tubuhnya ke katil.
“ouch.”
Green mengadu kesakitan apabila tangannya terhempap satu benda kecil.
“apanie.” Omel green.
Diselaknya selimut lalu ternampak kotak kekuningan serta gambar mereka lima sekawan. Sedaya upaya di putarnya kembali memori namun kenyataan kotak ini tidak pernah ada dalam simpanannya selama ini.
“Eff, where does this box comes from?” green menyoal Effy yang sedang berbaring di tepi katilnya.
“entah. I saw it kat depan pintu tadi when we got home. And since your picture were on it, I guess it’s yours.”
Green terkedu. Yellow was here?